Pengenalan kepada Ujana Ilmu
Ujana Ilmu ditubuhkan bertujuan sebagai saluran kepada penulis dan penerbit sastera di Malaysia untuk mencapai khalayak mereka.
Di sini ditampilkan buku-buku yang jarang-jarang ditemui di kedai-kedai buku biasa. Kebanyakannya hasil karya penulis-penulis yang berpotensi tetapi memilih untuk menerbitkan buku-buku mereka sendiri. Tidak mustahil, sekiranya, anda mungkin hanya boleh mendapatkkannya di sini.
Ujana Ilmu juga menerima buku-buku anda untuk dijual di sini, tertakluk kepada syarat dan terma yang telah ditetapkan.
Di sinilah kawah perlakuran antara semua penulis, penerbit, pembaca dan sekalian peminat sastera bertemu. Semoga anda menemui setiap karya yang dicari di Ujana Ilmu. Kami sentiasa menambah koleksi untuk membantu menyingkatkan perjalananan anda ke kedai-kedai buku kerana Ujana Ilmu ialah kedai buku untuk semua pembaca.
Adakah anda sedang mencari-cari buku yang sukar ditemui? Majukan kepada kami sama ada judul, pengarang, penerbit ataupun nombor ISBN, kami sedia membantu menyelesaikan pencarian anda.
Baucar Buku 1 Malaysia boleh digunakan untuk membeli buku di Ujana Ilmu. Untuk pembelian secara online, pesan seperti biasa dan poskan baucar tersebut ke alamat Ujana Ilmu seperti yang tertera
1. Penyeberang Sempadan – Anwar Ridhwan
2. Tak Seindah Impian – Rahman Haji Yusof
3. Khuluk – Khaidir Ahmad
4. Alor Miang – Ali Jusoh
5. Ratap Rabitah – Aminah Mokhtar
6. Pakej Hadiah Sako 2011
7. Bimasakti Menari – Sri Rahayu Mohd Yusop
8. Bumi Lestari – Rebecca Ilham
9. SMS – Muhammad Teja
10. Res Judicata
11. Aku Datang
12. Pakej HSKU 2010
13. Mandala Dunia Kedua – Azizi Haji Abdullah
14. Ainuddin Pejuang ‘Degil’ Melayu – Fatini Yaacob
15. Historical Fact And Fiction – Syed Muhammad Naquib al-Attas
16. Pada Sayap Burung Helang – Arena Wati
17. Mentari Mediterranean – Amiza Khusyri Yusof
18. Cerita Malam Pertama – Lutfi Ishak
19. Cinta Masitah – S. Othman Kelantan
20. Serigala Dan Sekuntum Tulip – S.M. Zakir
21. Warkah Eropah – A. Samad Said
22. Catatan – Latiff Mohidin
23. Ensiklopedia Bahasa Melayu – Asmah Haji Omar
24. Derik Kerisek – Faisal Tehrani
25. Kawan Baru Hanani – Nisah Haron
26. Al-Amin – A. Samad Said
27. Badai Cinta – Azizi Abdullah
28. Sebongkah Batu di Kuala Berang – Faisal Tehrani
29. Anak Belantara – Azizi Abdullah
30. Duka Tuan Bertahta – Isa Kamari
31. Rindu Seorang Rafik – Nisah Haron
32. Bagaimana Saya Menulis – Mawar Safei & Nisah Haji Haron
33. Tiga Kali Seminggu – Faisal Tehrani
34. Memaknakan Cinta – Salina Ibrahim
35. Sutera Bidadari – Ramlee Awang Murshid
36. Kimono Ungu Bersulam Bunga – Rebecca Ilham
37. Ingin Jadi Nasrallah – Faisal Tehrani
38. Mengemudi Bahtera Perubahan Minda – Mohd Asri Zainul Abidin
39. Warna Kalbu Zaman Dewasa – Arena Wati
40. Natrah – Cinta, Rusuhan, Air Mata – Fatini Yaacob
41. Lentera Mustika – Nisah Haron
42. Kontrak Sosial – Abd. Manaf Haji Ahmad
43. Perjuangan Memperkasakan Pendidikan Di Malaysia – Nik Azis Nik Pa,
44. Darurat 1948-1960: Keadaan Sosial di Tanah Melayu – Ho Hui Ling
45. Aduhai – Fatimah Busu
46. Maryamah Karpov – Andrea Hirata
47. Kasih Nan Agung – Sri Rahayu Mohd Yusop
48. Delima Ranting Senja – Siti Zainon Ismail
49. Gagasan Persuratan Baru (KN)- Mohd Affandi Hassan
50. Hijab Sang Pecinta – Ramlee Awang Murshid
51. Warisnya Kalbu – Sri Rahayu Mohd Yusop
52. Tawarikh Cinta – Nisah Haron
53. Karya Kita Hak Kita – Nisah Haji Haron
54. Tunggu Teduh Dulu- Faisal Tehrani
55. Ayat-ayat Cinta – Habiburrahman El Shirazy
56. Karya Nan Indah – Faisal Tehrani
57. Salju Sakinah – Zaid Akhtar
58. 13 Mei Sebelum Dan Selepas – Tunku Abdul Rahman
59. Jejak-jejak di Pantai Zaman – Ungku A. Aziz
60. A-Z Jahitan Smoking – Sue Gardner
61. Cara Mudah Menjahit Langsir Jilid 2 – Noraini Margono
62. Memoir Seorang Guru – Azizi Haji Abdullah
63. Harga Sebuah Maruah – Azizi Haji Abdullah
64. Sangeetha – Azizi Haji Abdullah
65. Bedar Sukma Bisu – Faisal Tehrani
66. Manikam Kalbu – Faisal Tehrani
67. Tuhan Manusia – Faisal Tehrani
68. A-Z Sulaman Manik – Sue Gardner
69. Kaedah Analisis Data Penyelidikan Ilmiah – Bhasah Abu Bakar
70. Koleksi Buku Prof Dr. Hamka
71. Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman – Muhd Kamil Ibrahim
72. Ensiklopedia Perbidanan Melayu – Anisah Barakbah
73. Laskar Pelangi – Andrea Hirata
74. Edensor – Andrea Hirata
75. Sang Pemimpi – Andrea Hirata
76. Mencari Locus Standi – Nisah Haji Haron
77. Advencer Si Peniup Ney – Faisal Tehrani
78. 1511 H (Kombat) – Faisal Tehrani
79. Cara Mudah Menjahit Langsir – Noraini Margono
80. Kek Lapis Sarawak – Rabiah Amit
81. Kaedah Penyelidikan Dan Panduan Penulisan (Esei, Proposal, Tesis) – Sulaiman Masri
82. Panduan Mengurus Pusat Sumber Sekolah – Azman Larut
Penyeberang Sempadan
Pengarang : Anwar Ridhwan
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Genre : Novel
Mukasurat : 451 halaman
Cetakan Pertama : 2012
ISBN : 9789676125460
Harga Biasa : RM45.00
Harga Ujana Ilmu : RM40.00
Hadiah Sako bagi Novel Nasional merupakan kesinambungan tradisi Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd bersama Kumpulan Utusan yang prihatin terhadap pembangunan sastera tanah air. Sayembara ini ditaja sebagai mengenang jasa tokoh penulis yang telah berjuang bersenjatakan ketajaman mata pena demi kemajuan negara dan jagat raya. Selumayan hadiahnya, sayembara ini berhasrat menampilkan karya-karya terunggul dan mutakhir.
PENYEBERANG SEMPADAN
Disulami naratif magis tentang protagonis yang mengaku sebagai “pembela dan pejuang” tanah air; penyeberang sempadan geografi dan ideologi yang akhirnya tiba semula pada asal usul Kebenaran.
NOTA PENGARANG – SN Anwar Ridhwan
Saya menggunakan kebebasan kreativiti untuk mencipta latar Kuala Tuntung dan arus sungainya, yang dapat disesuaikan dengan cerita dalam novel ini. Topografinya berbeza daripada realiti landskap kawasan muara sungai di pantai barat Semenanjung. Perbezaan ini disengajakan, untuk disesuaikan dengan elemen latar, watak-watak serta pergerakan mereka dan plot dalam novel ini.
Perkenalan singkat saya dengan beberapa orang pelarian PKI di Moscow pada September – Oktober 1988 sedikit banyak turut mencorakkan cerita dan plot dalam novel ini.
Teks notis menangkap Kuay sebagai orang yang dikehendaki oleh pasukan keselamatan dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, dipadankan daripada notis “Hadiah Besar Menangkap Orang ini” Ibrahim bin Chik (Memoir Ibrahim Chik : Dari API ke Rejimen ke – 10. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2004).
Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan |
Pengarang : Mohammed Salleh Lamry
Perjuangan nasionalisme aliran kiri memang tidak berjaya mencapai matlamatnya. Gerakan nasionalis kiri terpinggir dan terkeluar dari arus perdana kerana tekanan penjajah dan hanya mendapat sokongan daripada golongan minoriti Melayu. Namun, satu kelompok kecil dari kalangan pemimpin gerakan nasionalis kiri Melayu ini telah memilih jalan lain untuk meneruskan perjuangan mereka. Mereka menyertai perjuangan bersenjata mulai 1948 bersama Parti Komunis Malaya (PKM) setelah mendapati perjuangan secara damai tidak dapat diteruskan lagi. Perjuangan mereka ini hanya berakhir dengan termeterainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand pada 1989 di Haadyai. Buku ini mengandungi 11 bab yang antara lain kandungannya melingkari topik berkenaan gerakan politik, perjuangan kemerdekaan dan tanggapan umum terhadap perjuangan bersenjata nasionalis kiri pada zaman penjajah. Untuk buku ini, penulis melakukan penyelidikan dengan menggunakan tiga sumber termasuk sejarah lisan. Penulis juga menemubual secara langsung tokoh-tokoh Melayu berkenaan. MOHAMED SALLEH LAMRY, Ph. D adalah mantan Profesor Madya dan Sarjana Tamu di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Singkatan Gerakan Antikolonial Sebelum Perang Dunia Kedua |
Falsafah Ketuhanan
Pengarang : Prof Dr. Hamka
Penerbit : Pustaka Dini Sdn Bhd
Genre : Esei
Mukasurat :178 halaman
Cetakan Pertama : 2006
ISBN : 9839422766
Alam terbentang luas dan manusia hidup di dalamnya. Dalam pancaindera dan akal yang ada padanya, manusia dapat mempersaksikan Alam itu dalam segala sifat dan lakunya. ADa kebesaran, keajaiban dan keindahan, dan ada perubahan-perubahan yang tetap. Kehidupan manusia itu sendiri tidak dapat diceraikan dengan Alam itu.
Maka yang mula-mula timbul pada manusia itu adalah perasaan bahawa ada sesuatu yang menguasai Alam ini. Dia yang mengatur dan menyusun perjalanannya. Dia yang menjadikan segalanya. Dia Yang Maha Kuasa atas setiap sesuatu yang ada.
Kesan pertama bahawa Ada Yang Maha Kuasa itu meratalah pada segenap manusia. Kerana kesan inilah yang tumbuh bilamana akalnya sudah mulai berjalan. bahawasanya ada sesuatu kekuatan tersembunyi di latar yang nampak ini. Yang selalu dirasai adanya, tetapi tidak dapat ditunjukkan tempatnya. Tidaklah pernah terpisah perasaan ini, walaupun bagaimana kepintaran manusia ataupun dia masih berfikir sederhana. Pada zaman akal itu mulai bertumbuh (primitif), khayalnya akan adanya yang ada itu diberinya berupa, menjadi perlambangan daripada perasaannya sendiri.
Kandungan
Pengantar Penerbit
Manusia dan Agama yang ada
Penyelidikan Ahli-ahli
Alam Falsafah
Agama Fitrah dan Islam
Iman, Akal & Taklid
Dari Sudut yang mana Mencari Tuhan (segi keindahan)
Fikiran, Ilmu dan Falsafah
Apakah Hidup Itu?
Jalan Tasauf
Allah Tuntutan Fitrah
Bersih Dari Pengaruh Lain
Allah
Wujud
Empat Dalil
Kepercayaan Kepada Tuhan dan Filsuf
Tuhan Ada
Mengapa Tidak Percaya
Dialah yang Dahulu
Dan Yang AKhir
Tak ada yang Menyerupainya
Kaya (berdiri sendirinya)
Wahdaniyat (keesaan yang Mutlak)
Tauhid yang Ikhlas
Syirik I
Syirik II
Membesarkan Kubur dan Tawassul
Tawassul dan Wasilah
Kudrat dan Iradat
Iradat
Hikmat
Al-Hayat
Al-`Ilm
As-Sam`u Al-Basharu (Pendengaran dan Penglihatan)
Al-Kalam (Perkataan)
Mencari Tuhan Dalam Keindahan Alam
Panggil Aku Melaju
Pengarang : Rahmat Haroun Hashim
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka
Genre : Novel
Mukasurat : 393 halaman
Cetakan Pertama : 2008
ISBN : 9789834601133
Dalam era globalisasi ketika bahasa Inggeris dimartabatkan sebagai bahasa intelektual dan bahasa ekonomi, pejuang bahasa Melayu dipinggirkan dalam masyarakatnya sendiri. Dr. Ridzuan, ahli arkeologi dan pejuang Bahasa Melayu yang terkenal di salah sebuah universiti tempatan telah mengalami nasib yang sama hingga menyebabkan beliau diserang penyakit mental yang serius. Justeru, semasa beliau dirawat di Institut Mental Negara, beliau telah menunjukkan perlakuan yang aneh dan mendakwa bahawa beliau ialah orang Melaju dan bukannya orang Melayu. Ketika beliau dirawat di sana juga berlaku pembunuhan bersiri terhadap pesakit wanita. Lebih rumit lagi, beliau merupakan antara suspek dalam kes itu.
Novel Panggil Aku Melaju, garapan Dr. Rahmat Haroun Hashim, seorang pengamal perubatan moden yang meminati sastera wajar dibaca oleh masyarakat Malaysia, khsusunya pencinta bahasa dan kebudayaan Melayu. Dr. Rahmat telah memanfaatkan pelbagai disiplin ilmu, misalnya ilmu perubatan, kejuruteraan, sejarah, seni bina, arkeologi dan bahasa untuk dicerna di dalam novel beliau yang menggemparkan ini!
Bayang Di Tirai Belulang |
Penyelaras : Nor Azah Abd Azizi Penerbit : Utusan Publications & Distributors Genre : Kumpulan Cerpen Dewasa Mukasurat : 200 halaman Cetakan Pertama : 2009 ISBN : 9789676122797 Kandungan Laporan Panel Hakim Kategori Cerpen, Puisi serta Kajian dan Rencana Sastera Cerpen 1. Di Alam Barzakh – SABDA S 2. Senapang – MUHAMMAD LUTFI ISHAK 3. Masjid – S.M. ZAKIR 4. Bayang di Tirai Belulang – SERUNAI FAQIR 5. Di Pagi Syawal, Apakah yang Kau Cari? – MALIM GHOZALI PK 6. Dia dari Penjuru Tahun Lalu – MAWAR SHAFEI 7. Walinong Sari – AMINAH MOKHTAR 8. Madrasah Mustaqim – HUSNA NAZRI 9. Lelaki Sang Penjinak Ular -MOHD. HASHIM OSMAN Puisi 1. Parut Tanda Tanya di Tubuh Merdeka – SAHRUNIZAM ABDUL TALIB 2. Potret Lima Puluh Tahun – SHUKRI ABDULLAH 3. Sepotong Cinta di Dunia Angin – S.M.ZAKIR 4. Syarah Sejarah – MUHAMMAD LUTFI ISHAK 5. Sang Semut – FAHD RAZY 6. Bahasa Kejadian II -FAHD RAZY 7. Perjalanan Pohon – MALIM GHOZALI PK 8. Kembali Ke Kampung Tradisi ii – SHAMSUDIN OTHMAN 9. Pada Glaukoma Ke Ahmar – ABD RAZAK @ REZEKI OTHMAN Kajian & Rencana Sastera 1. Prasangka Orientalis Terhadap Bangsa Melayu-AWANG AZMAN AWANG PAWI 2. Penulis Ulul Albab dan “New Man” – S.M. ZAKIR |
Kaedah Analisis Data Penyelidikan Ilmiah
Pengarang : Bhasah Abu Bakar
Penerbit : Utusan Publications & Distributions
Genre : Pendidikan
Mukasurat : 97 halaman
Cetakan Pertama : 2007
ISBN : 9676119261
Buku ini membincangkan tentang analisis data dengan menerangkan kaedah penggunaan ujian-t, ANOVA, Kolerasi, Khi kuasa dua dan regresi linear dalam penyelidikan. Kaedah ini sesuai untuk penyelidik yang ingin mengenal ketepatan kaedah menggunakan statistik ujian bagi sesuatu penyelidikan terutamanya kepada pelajar di peringkat diploma, ijazah pertama, sarjana dan kedoktoran untuk projek, tesis atau disertasi yang sedang dijalankan. Penyelidik baru dan pembantu-pembantu penyelidik dari bidang Sains Sosial dan Pendidikan akan mendapati buku ini amat berguna dalam membantu mereka untuk memahami rasional bagi setiap tindakan yang dibuat dalam analisis data yang berdasarkan SPSS.
Buku ini menjelaskan Apa? Mengapa? dan Bagaimana? setiap ujian stastistik itu perlu dilaksanakan berdasarkan data yang diperoleh. Buku ini membuka lembaran dengan mengenalkan beberapa konsep yang perlu diketahui sebelum membuat analisis data dengan contoh-contoh yang bersesuaian. Di samping itu, bab-bab seterusnya menjelaskan statistik ujian dengan lebih lanjut lagi. Perbincangan selanjutnya diikuti dengan ujian stastistik yang lazimnya digunakan dalam sesuatu penyelidikan terutamanya penyelidikan yang dibuat di peringkat sekolah, maktab dan universiti.
Buku ini amat sesuai untuk membantu para pelajar di peringkat diploma, ijazah dan ijazah lanjutan dalam penulisan analisis data bagi projek, disertasi atau tesis mereka. Buku ini ditulis dengan memikirkan keperluan pelajar di peringkat yang dinyatakan di atas agar dapat membuat analsis data dengan lebih baik dan lebih bermakna.
Pada asasnya, buku ini cuba membincangkan tentang analisis data dalam penyelidikan yang dibuat secara kuantitatif. la boleh dianggap sebagai lanjutan daripada Buku Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan (esei, proposal, tests) yang ditulis oleh Dr. Sulaiman Masri yang memberikan gambaran umum dalam penyelidikan. Buku ini cuba memperincikan huraian statistik, ujian-t, ANOVA, khi kuasa dua, korelasi dan regresi linear setara dengan keperluan pelajar. Statistik huraian, ujian-t, ANOVA, khi kuasa dua dan regresi linear merupakan statistik ujian asas yang perlu difahami oleh setiap penyelidik dengan baik. Penyelidik harus memahami data yang diperlukan bagi setiap ujian statistik berkenaan, andaian yang diperlukan, bila hendak menggunakan statistik ber-kenaan, tujuan menggunakan ujian statistik berkenaan dan kaedah masa kini untuk menulis hasil dapatan berdasarkan keputusan yang didapati dalam jadual bagi setiap ujian statistik yang dibuat.
Di samping itu, buku ini juga bertujuan menerangkan prinsip umum dalam membuat analisis data dan membantu pelajar agar mampu untuk membaca laporan tentang analisis data dan berkebolehan pula untuk membuat satu analisis data berdasarkan projek yang dilaksanakan.
Kandungan
Bab 1
Konsep Asas
Pengenalan
Pembersih Data
Pengujian Hipotesis
Fungsi Hipoteis
Jenis Hipotesis
Ujian Hipotesis
Kriteria Menerima atau Menolak Ho
Statistik Inferen
Keputusan Ujian Hipotesis
Aras Signifikan (Aras Keertian)
Masalah Membuat Keputusan
Keputusan Betul
Keputusan Salah
Empat Kebarangkalian Asas
Ancaman kepada Kesahan Dalaman
Bab 2
Statistik Huraian
Pengenalan
Apa Dia Data?
Skala Pengukuran
Andaian Data Parametrik
Konsep Asas Statistik
Taburan Kekerapan
Taburan Kekerapan Data Berkumpulan
Graf Bar atau Histogram
Poligon Kekerapan
Kecondongan Memusat
Kebolehubahan
Pencongan
Kutosis
Taburan Normal
Bab 3
Ujian-T
Pengenalan
Ujian-T- Untuk Satu Sampel
Ujian-T – Untuk Berpasangan
Ujian-T – Untuk Dua Sampel
Bab 4
ANOVA
Pengenalan
Konsep Hala Dalam ANOVA
Andaian Bagi ANOVA
Output Daripada ANOVA
Ujian Kehomogenan Varian
Homogeneous Subsets
LSD (Least Sigificant Difference)
Benferoni dan Tukey
Kaedah Pelaporan Dapatan Daripada ANOVA
Contoh Penulisan Pelaporan ANOVA
Bab 5
Ujian Khi Kuasa Dua – X2 (Chi Square Test)
Pengenalan Bentuk Data
Andaian untuk Menggunakan Ujian Khi Kuasa
Ciri-ciri Ujian Khi Kuasa Dua (X2)
Kegunaan Khi Kuasa Dua (X2)
Ujian Ketaksandaran
Contoh Penulisan Pelaporan Khi Kuasa Dua (X2)
Bab 6
Korelasi
Pengenalan
Kovarian
Koefisien Penentuan
Maksud Ujian Signifikan untuk Korelasi
Output Dari Korelasi
Contoh Penulisan Pelaporan Korelasi
Konsep Korelasi Separa
Bacaan Simbol
Order Dalam Korelasi Separa
Penentuan Bagi Koefisien Separa
Scatter Plots
Bab 7
Regresi Linear Mudah
Pengenalan
Kegunaan Ujian Regresi Hipotesis Nol yang Diuji
Model Summary
Ujian-T
Adjusted R2
Beta weight
Menggunakan Koefisien Regresi Linear untuk membuat Peramalan
Contoh Penulisan Pelaporan Regresi
Proses Pembelian
Cara Pembayaran
-
- Secara Manual
- Pilih buku yang anda ingin miliki.
- Klik “Letak di Troli Belian”
- Pastikan anda ikut arahan pada skrin sehingga “Checkout” & “Confirm” bagi mendapatkan harga buku + kos penghantaran.
- Gunakan arahan “Print Screen” bagi mendapatkan senarai pilihan anda berserta harga buku.
- Anda juga boleh menggunakan sebarang format untuk senarai pilihan ini.
- Dapatkan Wang Pos , Money Order atau Cek Persendirian.
- Pastikan jumlah bayaran diisi dengan tepat.
- Isi nama “Ujana Ilmu Enterprise” sebagai Penerima.
- Pembeli tempatan diminta supaya tidak memalangkan Wang Pos.
-
- Bayaran ke akaun bank (bayaran dengan Pemindahan Bank secara konvensional dan online).
- Anda membuat pilihan buku yang anda ingin miliki.
- Sila gunakan “Cart System” untuk memudahkan pilihan anda.
- Pastikan anda ikut arahan pada skrin sehingga “Checkout” & “Confirm” bagi mendapatkan harga buku + kos penghantaran.
- Gunakan arahan “Print Screen” bagi mendapatkan senarai pilihan anda berserta harga buku.
- Anda juga boleh menggunakan sebarang format untuk senarai pilihan ini.
- Pindahkan jumlah yang secukupnya ke dalam akaun Ujana Ilmu.
- Hantar slip bank tersebut (mempunyai cetakan komputer) kepada kami melalui fax, e-mail ataupun melalui pos.
- Pastikan anda memberi nama penuh, serta nombor telefon untuk dihubungi bersama-sama dengan slip bank tersebut.
- Bagi mereka yang membuat pemindahan bank secara online, kami juga menerima ‘screen capture’ (print screen yang di-paste di dokumen Microsoft Word) Pastikan anda memberi nama penuh, serta nombor telefon untuk dihubungi bersama-sama dengan e-mail tersebut.
- Bagi memudahkan urusan, anda adalah digalakkan untuk menggunakan kaedah “3rd Party Account Transfer” dari mana-mana bank kormesial yang menyediakan kemudahan tersebut secara online.
- Pastikan anda menggunakan no rujukan transaksi sebagai bukti pembayaran anda.
- Pesanan akan diproses sebaik sahaja slip bank dan butir peribadi diterima.
Keistimewaan Ujana Ilmu
Apa ada pada Ujana Ilmu?
Ujana ertinya taman. Oleh itu di sini taman ilmu. Taman ialah tempat yang indah-indah. Kami menjadi sebuah taman pertemuan di antara penulis dan pembaca. Keutamaan kami ada 2 : Kehendak pembaca dan kehendak penulis.
Kami membantu pembaca mendapatkan bahan bacaan terpilih yang diingini. Dalam masa yang sama kami juga menawarkan penulis supaya memperkenalkan diri dan karya masing-masing dengan cara dan kehendak yang sesuai dengan penulis.
Secara mudahnya, kami bersifat writer-oriented dan reader-oriented.
Bagi penulis yang mempunyai karya di pelbagai penerbitan, kami cuba mengumpulkan semuanya di sini. Jadi pembaca tidak perlu bersusah-payah mencari buku-buku penulis tersebut di merata tempat kerana kami yang akan membawanya ke pintu rumah anda!